:: Penghujung

Minggu nih dah masuk minggu ke 4 umat islam berhari raya. Namun begitu. Rasanya minggu ke 4 nih lah yang paling meriah. Cukup meriah sebab sana sini ade rumah terbuka. Sana sini masih ade semnagat untuk beraya. Almaklumlah, minggu raya pertama sibuk di kampong halaman, minggu ke 2, ramai tak bukak pintu lagi sebab rumah lum kemas lagi, kuih tak isik lagi, penat berjalan jauh tak habis lagi. Minggu ke 3, start berjalan atau tunggu rumah orang datang. Sana open house, sini open house. Yang buat marhaban, ade yang sepanjang minggu bermarhaban. So tinggal minggu ke 4 utk bertandang balik atau buat open house.

Tahun nih aku tak wat open house. Sebab rumah aku memang sentiasa open untuk tetamu. Tak kira bila. Datang aje lah. Kalau aku tak de maaf lah. Kalau buat makan-makan pun untuk jiran tetangga yang aku panggil sekali gus. Hubungan kami jiran selorong memang baik. Sebab kami sama-sama pindah dan umur pun lebih kurang. Jadi mudah berkomunikasi mahupun nak mintak tolong itu ini. Kebelakangan ini konsep kejiranan kurang sangat di amalkan. Kalau setakat angkat tangan lalu depan rumah, rasanya tak cukup. Berkenalan dan beramah mesra rasanya bukan susah sangat. Kerana jiran itu membawa rahmat juga. Kalau susah senang kita sesame membantu. Jadikan rakan. Insyallah ade kebaikan darinya.

Minggu terakhir raya nih jadikan satu platform terbaik untuk berkenalan sambil beraya. Sapa tahu jiran kita yang kita selalu angkat tangan itu rupanya…sedara kita sendiri!

p/s – entry kali ini aku wat dari office2007 word dan bukan dari web site. first time try…cool!